EV FIRE BLANKET direka khusus untuk membantu mengawal dan membendung kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV). Selimut tahan haba ini digunakan untuk menutup keseluruhan kenderaan bagi mengurangkan penyebaran api dan haba ke kawasan sekeliling.
Produk ini menjadi antara keperluan penting dalam menghadapi peningkatan penggunaan kenderaan elektrik yang mempunyai risiko kebakaran bateri lithium yang lebih kompleks berbanding kenderaan konvensional.